Rangkuman Sumber Berita

Tuesday, 13 December 2016

Mahasiswa berucap mengampu Najib, kena kutuk di laman sosial


SEORANG wakil Mahasiswa, Wan Mahusin yang berucap dengan penuh semangat dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional, PEMANAS memuji-muji dan mengampu perdana menteri jadi bahan kutukan selepas ia menjadi viral di laman sosial.

"Bisik kepada telinga kawan, beritahu kepada ibu bapa, bahawa kerajaan sedia ada hari ini adalah kerajaan yang terbaik, kita tak nak kerajaan lain, kita nak YAB Perdana Menteri dalam PRU yang ke 14 nanti tetap menjadi perdana menteri," ucapnya secara berapi-api dalam persidangan itu.

Saksikan sendiri ucapan tersebut dalam video di bawah.

Difahamkan, persidangan itu salah satunya bertujuan untuk memilih 4 calon mahasiswa terbaik yang akan menjadi jurucakap Persidangan Agong Umno 2016, PAU2016.

Maka tidak hairanlah, setiap wakil mahasiswa dalam persidangan ini nampaknya berlumba-lumba mengampu perdana menteri, kerana siapa paling pandai mengampu bakal dipilih jadi jurucakap di Persidangan  Umno sekaligus bakal menerima taburan dedak.

Di kala rakyat seluruh negara mengkritik dan mengutuk perdana menteri yang terkenal seluruh dunia kerana 'kleptokrasi' (pemerintahan yang merompak duit rakyat), masih ada mahasiswa yang sanggup jadi pelapis machai-machai pengampu kerana mengharapkan dedak yang sedikit.

Nampaknya bukan mudah untuk menghapuskan golongan machai seperti ini, kerana ada usaha khas melatih dan melahirkan pelapis-pelapis mereka bagi meneruskan legasi pengampu-pengampu terdahulu


Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close