Rangkuman Sumber Berita

Tuesday, 13 December 2016

SETELAH LIMA HARI AKHIRNYA ISRAEL BERJAYA PADAM KEBAKARAN



TEL AVIV – Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan Tebing Barat selama lima hari dan memaksa puluhan ribu penduduk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa yang menyalahkan tragedi itu ke atas perbuatan membakar. Tiada kematian setakat ini tetapi 112 orang dirawat kerana mengalami kecederaan, kebanyakannya disebabkan terhidu asap, kata pegawai 

perubatan. Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah apabila kebakaran yang disemarakkan dengan angin kencang dan kemarau membakar ribuan hektar kawasan. Sejak beberapa hari lalu, pesawat bomba dari pelbagai negara dilihat terbang rendah di kawasan bukit di Tebing Barat dan Israel untuk menggugurkan air dan bahan mengawal kebakaran. Pada satu ketika minggu lalu, kebakaran berlaku

 di kawasan berhampiran Baitulmaqdis, dan penduduk cuma mampu kembali melihat rumah mereka yang rentung. “Tiada lokasi aktif yang tinggal. Sejak malam kelmarin, keadaan agak tenang. Kami tiada aktiviti baru,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy. Menurut Levy, bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, termasuk 20 kebakaran besar. Pihak berkuasa Israel 

mengesyaki sebahagian tragedi itu disengajakan dan berkaitan dengan konflik Israel-Palestin. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat setakat ini dipastikan akibat perbuatan khianat, tanpa memberikan butiran lanjut. Bercakap di kawasan penempatan Israel di Halamish di Tebing Barat, lokasi puluhan rumah rosak pada hujung minggu, 

beliau berkata Israel perlu bertindak balas kepada perbuatan khianat itu dengan membina lebih banyak penempatan. Polis menangkap 23 orang yang disyaki memulakan kebakaran dan menyoal siasat tujuh lagi. Bagaimanapun, pihak Palestin turut menyertai usaha antarabangsa memadamkan kebakaran yang merebak pantas dan turut berhadapan kerosakan tanaman dan rumah. – Agensi 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close