Rangkuman Sumber Berita

Saturday, 17 December 2016

Tragedi mahu perangkap penjenayah, 5 polis mati tertembak sesama sendiri



Keadaan tempat kejadian di Kyiv.
KYIV – UKRAINE. Operasi menangkap suspek jenayah bertukar menjadi tragedi selepas lima anggota polis maut selepas berbalas tembakan sesama sendiri akibat kesilapan.
Laporan Kyiv Post mengatakan sebelum kejadian, sekumpulan anggota polis memasang perangkap untuk menangkap kumpulan penjenayah yang terlibat siri rompakan di Kyiv dan Kyiv Oblast di kampung Knyazhychi.
Sebuah loceng amaran milik penduduk tiba-tiba berbunyi dan unit tindakan pantas polis pula tiba di tempat kejadian.
Unit tindakan polis tersebut menangkap kumpulan polis yang memasang perangkap kerana tersalah sangka mereka penjenayah.
Anggota polis lain yang menyangka penjenayah sebenar telah ditangkap telah menghubungi unit KORD yang hampir sama dengan unit SWAT di Amerika Syarikat.
Unit KORD, kumpulan polis yang ditangkap dan unit tindakan pantas polis kemudian berbalas tembakan sesama sendiri.
Dua anggota unit tindakan pantas polis, dua anggota polis yang memasang perangkap dan seorang anggota KORD maut di tempat kejadian.
Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov masih belum memberikan komen berkenaan terhadap kejadian tersebut.
Sementara itu, tiga suspek penjenayah yang dicari berjaya ditahan bersama senjata api di Kyiv dan sedang disiasat.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close