Rangkuman Sumber Berita

Thursday, 9 February 2017

[HANGAT] Gadis 14 Tahun Ini Pukul Bapa Depan Orang Ramai, Tetapi Bapanya Hanya Membiarkannya. Rupa2nya Ini Sebabnya..


Peristiwa ini berlaku di Nanjing dan menjadi topik hangat dan kemarahan warga China.

Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.


Pada satu ketika bapanya meminta anaknya terus memukulnya.

Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik.

Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita.

Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.

Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.


Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.

Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close