Rangkuman Sumber Berita

Wednesday, 22 February 2017

Kalau Gaji Tak Pernah Cukup, Banyakan SEDEKAH Pada Isteri Bukan Kawan² !!!

Kalau Gaji Tak Pernah Cukup, Banyakan SEDEKAH Pada Isteri Bukan Kawan² !!! | Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya, gaji beliau tidak mencukupi. Nak buat kerja part time, tiada kesempatan. Duit beliau katanya, hanya cukup-cukup untuk dirinya sahaja.

Mujur isterinya bekerja dan isteri beliau yang banyak membantu. Dia punya semput, sampaikan duit nafkah isteri pun tak bagi. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri juga dinafikan.
Menabung itu penting, tetapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting. Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda;
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur. InshaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang.
Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri kita dulu. Bila sudah selesai urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau tak ada kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela dibelanja.
Sumber:- Mohd Nazim Badruddin 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close