Rangkuman Sumber Berita

Wednesday, 22 February 2017

“Macam Ada Masalah Besar” VIRAL Gambar SEDIH Pakcik Teksi Buat Netizen SAYU !!!

“Macam Ada Masalah Besar” VIRAL Gambar SEDIH Pakcik Teksi Buat Netizen SAYU !!! | Melalui gambar kita mampu membuat andaian dan menceritakan sesuatu maksud disebalik gambar yang dipaparkan. Jadi tular sejak semalam di media sosial apabila beberapa keping gambar seorang lelaki yang dipercayai  pemandu teksi dilihat seperti sedang dilanda musibah. Aksi yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook telah diambil di dalam kenderaan beliau tanpa diketahui oleh lelaki tersebut.

Melalui perkongsian Syd Husin, dia mengatakan pakcik berkenaan sedang menghadapi masalah yang mungkin tidak tertanggung olehnya dan dilihat seperti sedang menunggu seseorang sambil menangis  di sebuah perhentian teksi.
Baca perkongsian Syd Husin di bawah:
Senario ini dirakam seorang teman di sebuah stand teksi di sebuah pusat membeli belah. Orang tua ini adalah seorang pemandu teksi. Dari riak wajah dan gerak badannya dapat dilihat jelas sesuatu yang sangat berat sedang ditanggung dan hanya Tuhan mengetahui apa rintihan hatinya.
Daya apa yang mampu beliau lakukan dalam usia begini? Bukan dia meminta-minta. Namun dalam keterbatasan dan kekurangan serba-serbi, apa lagi yang mampu dilakukan? Barangkali penat merayau, meronda seluruh pelusuk jalan dan lorong.
Penumpang tidak lagi kelihatan di tepi-tepi jalan. Tidak seperti 2 atau 3 tahun sebelumnya. Sebelum jalan raya dilambakkan dengan kebanjiran kereta sapu haram milik kapitalis yang direstui penguasa.
Setelah disusahkan dengan segala protokol, peraturan dan syarat yang wajib dipatuhi. Tak cukup penindasan demi penindasan, bukan pembelaan dihulur malah dibebankan pula bala untuk memenuhi impian kapitalis bernafsu besar dengan matlamat mahu memonopoli seluruh industri ini dalam genggamannya.
Apa daya seorang insan tua ini mahu bersaing dengan kapitalis yang diberikan payung emas oleh agensi yang sepatutnya memastikan insan seperti ini terjaga dan dilindungi?
Dia hanya seorang dari beribu lagi yang senasib dengannya. Punca pencariannya sengaja dilambakkan dengan berpuluh ribu manusia yang sanggup dilembukan dengan memberi perkhidmatan tidak sah kepada org awam. Penguasa terus kekal buta dan pekak.
Kamu menzalimi dia dan insan-insan seperti dia. Jangan kamu menafikan. Mungkin dia hanya mampu merenung apa nasib setahun dua mendatang jika dia ditakdirkan mampu bertahan selama itu.
Tentu nasibnya hanya perlukan satu dari dua, jawapan YA atau TIDAK membenarkan kapitalis bangsat merampas kehidupannya dan pilihan kamu sangat jelas. Kamu lebih rela membiarkan kapitalis gila memusnahkan kehidupan insan dihujung usia sedang segala syarat kamu akur dipatuhi.
Tulisan ini tidak mampu menerangkan apa yang terbeban di bahu insan tua ini. Jika kamu gagal melihat apa yang tersirat di wajah insan ini. Tiada bezanya kamu dan kapitalis bangsat itu.
Bila terpandang gambar-gambar pakcik berkenaan, pasti anda akan berkata dia sedang menghadapi satu masalah yang mungkin amat berat dan tak tertanggung rasanya. Semoga segala urusan pakcik pemandu teksi ini dipermudahkan semuanya.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close