TUNIS - TUNISIA. Seekor buaya mati akibat dibaling batu oleh sekumpulan pengunjung sebuah zoo di Tunisia.
Majlis perbandaraan Tunis memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan kepala buaya berkenaan berlumuran darah dengan batu menghempapnya di laman sosial rasmi facebook jabatan itu.
"Sekumpulan pengunjung zoo telah membaling batu dikepala buaya sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan menyebabkan ia mati," kata kenyataan itu.
Pihak berkuasa menyifatkan perbuatan di Zoo Belvedere yang terletak di tengah Tunis itu adalah tingkah laku ganas.
Sementara itu, doktor haiwan zoo berkenaan, Amor Ennaifer berkata, reptilia itu mati selepas dibaling batu besar di kepala lewat Selasa lalu.
"Ia amat teruk. Anda tidak dapat bayangkan apa yang haiwan itu terpaksa lalui akibat perbuatan  beberapa pengunjung.
"Orang ramai membuang sampah dan beg plastik, mereka turut membaling batu kepada singa dan badak air," ," katanya kepada AFP
Enanifer berkata, zoo itu mempunyai papan tanda dan pengawal tetapi ia tidak cukup terumatanya ketika musim cuti sekolah.
"Terdapat lebih daripada 150 spesies dalam zoo. Kita tidak boleh meletakkan pengawal di hadapan setiap sangkar.
"Orang ramai perlu menyedari keperluan untuk menjaga haiwan," ujarnya.