Rangkuman Sumber Berita

Sunday, 16 April 2017

Biodata Oki Setiana Dewi, Juri Tetap Gema Gegar Vaganza. Sila Baca Kisah bagaimana Dari Beliau Tak Bertudung hingga Bertudung. Sungguh Tak Sangka.


Biodata Oki Setiana Dewi. Siapa yang menonton filem pecah panggung Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih, pastinya mengenali wanita bernama Oki Setiana Dewi yang cantik dan lemah lembut ini.
Filem yang mencetus fenomena tersendiri ini sedikit sebanyak melonjakkan namanya di persada seni hiburan Indonesia dan Malaysia. Selain sibuk dengan aktiviti seni, figura yang mesra disapa Oki ini turut aktif berdakwah dan melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti membina masjid dan rumah al-Quran sekitar Indonesia.
Terbaharu, Oki diundang ke Malaysia untuk menjadi juri tetap kepada program realiti nyanyian Islamik iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135) bermula 8 April 2017 yang lalu.
Apa kata kita berkenalan dengan dengan dekat dengan wanita hebat ini.

Biodata Oki Setiana Dewi

  • Nama Penuh: Oki Setiana Dewi
  • Nama Komersil: Oki Setiana Dewi
  • Tarikh Lahir: 13 Januari 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Asal: Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
  • Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik
  • Ibu Bapa: Sulyanto (ayah), Yunifah Lismawati (ibu)
  • Kerjaya: Pelakon, Pendakwah Bebas, Penulis, Pereka Fesyen dan Ahli Perniagaan
  • Status: Berkahwin

Trivia Menarik oki Setiana Dewi

  1. Oki menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati iaitu Ory Vitrio yang merupakan ahli perniagaan pada 12 Januari 2013.
  2. Ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Musaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah.
  1. Mula memakai hijab sepenuhnya pada tahun 2005.
  2. Memiliki rumah kebajikan sendiri iaitu Yayasan Rumah Infaq.
  3. Kerana boleh membaca al-Quran dengan baik, Oki terpilih untuk memegang watak utama iaitu Anna Althafunnisa untuk filem Ketika Cinta Bertasbih.
  4. Menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki dinobatkan sebagai Pemeran Utama Wanita Terfavorit di Indonesia Movie Award 2010.
  5. Membuka bisnes butik fesyen muslimah bernama O.S.D pada 13 Januari 2015 di Thamrin City, Jakarta Central.
  6. Turut menulis beberapa buku berjudul Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi (2011), Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi (2012), Cahaya Di Atas Cahaya: Perjalanan Spiritual Oki Setiana Dewi (2012), Hijab I Love You (2013), Dekapan Kematian (2013) dan Ketika Guru SD Sakit.
  7. Merupakan lulusan Sarjana Humaniora (Program Studi S1 Sastra Belanda) di Universitas Indonesia, Magister Pendidikan (Program Studi S2 Pendidikan Anak Usia Dini) di Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan sedang menjalani Kandidat Doktor (Program Studi S3 Pengkajian Islam Konsentrasi Pendidikan Islam di Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta.
  8. Mempunyai lebih 4 juta pengikut di Instagram miliknya.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Like Us Also

Like Us

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Blog Archive

Powered by Blogger.

Copyright © BloG Telor Di Basuh | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com

Like,Share dan Klik (X) Untuk Baca Button Close